Tiada pendakwaan terpilih dalam isu melibatkan pertuduhan kes program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sebaliknya, tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuhan Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

SPRM menjalankan siasatan secara profesional dan bergantung kepada aduan dan maklumat yang diterima.

Menurutnya, SPRM akan memulakan siasatan sebaik sahaja menerima aduan dan maklumat yang mempunyai unsur-unsur jenayah mengikut akta suruhanjaya itu.